Masuk Islam Kerana Mengkaji Kulit Manusia
Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan
Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah
mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di
Riyadh.
Dia telah mendapat hidayah apabila
diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit
(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun
yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran
yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu
kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat
Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan
seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana
kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa
sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang
terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka
sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan
merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan
mati selepas itu).
Jadi kalau diakhirat nanti apabila
manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit,
hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang
menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka,
Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit
mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara
itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:56)
Maka beruntunglah Professor Tagasone
yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang
tidak mahu menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di
dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima
hidayahNya.
english.islamway.com
Wallahu’alam….
sumber: http://hasnulhadiahmad.com/masuk-islam-kerana-mengkaji-kulit-manusia/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar